Saturday, July 2, 2016

Mohd Sabar Bin Ikhlas

Assalamualaikum.

How's ur life? Good? Alhamdulillah. Mine? Alhamdulillah too.

Banyak perkara yang perlu aku settlekan. Aku sibuk. Alhamdulillah. Aku suka keadaan sekarang. Tambahan pula Nazir nak datang buat pemantauan baiah. Semua manusia di SK Seri Siakap sehabis kalut. Alhamdulillah jugak.

Study? Masih in progress. Tak boleh nak kata menyesal ambil Mod B. Jalan saja. Walau lambat. Kawan-kawan lain yang ambil Mod C dah lama senang-lenang graduate dengan jayanya. Alhamdulillah. Tak mengapa. Aku enjoy dengan kesibukan ini.

Semenjak Ramadhan mula, family buka booth di ekspo Parit Buntar. Alhamdulillah. tolong-tolong apa yang patut. Seronok tukar angin. Layan pelanggan. Jumpa macam-macam ragam orang. Berpanas berpeluh ketiak basah bagai.

Anak-anak murid bakal UPSR tak lama lagi. Last paper mock test Sains, student satu kelas sugul bila aku katakan seorang pun tak dapat A Sains. Ada yang gagal, ramai yang merosot. Nangis. Tahan. Nangis. Alhamdulillah. Hati kena kuat semangat. Moga ini adalah satu kesedaran buat aku dan anak-anak murid agar lebih gigih usaha+doa+tawakal. Selebihnya serah pada Allah.

Aku masih sibuk. Every week aku akan turun ke UPSI. Settlekan apa yang patut. 2 tahun setengah menempuh 3 jam perjalanan kebanyakannnya seorang diri. Hujan lebat. Kereta rosak tengah jalan, viper tercabut tengah jalan, macam-macam lagi. Tak apalah kalau Allah ambil nyawa aku waktu berjihad mencari ilmu. Walaupun dosa tinggi menggunung.

Soal hati dan perasaan aku tolak ke tepi. Ramadhan kali ini, aku belajar sesuatu. Sekuat mana kita pegang kemas dalam perancangan, hanya Allah adalah sebaik-baik perancang. Sakit? Ya. Untuk umur seperti aku ini, banyak komitmen yang perlu aku lunaskan. Alhamdulillah di atas sakit ini. Moga aku jadi insan yang lebih kuat dan redha. Doakan yang baik-baik.

Sayang betul dengan family sendiri. Sebab jatuh bangun aku, berperang dengan emosi dan tekanan, familylah yang datang dulu. Sesiapa yang masih ada mak ayah, sayang dan hargailah. Sebab, sejauh mana kita menyayangi insan luar, tak semestinya ditimpal balik rasa sayang tu sepenuhnya. Sayang biarlah pada tempatnya yang betul. :)

Sekian, wassalam.

Monday, April 11, 2016

Negativity vs Positive vibes

Assalamualaikum wbt.

Purata entri di pos setiap tahun adalah bersamaan dengan 2:1.
Dan ini adalah pos ke-2 aku bagi tahun 2016.

Menulis entri adalah salah satu terapi aku. Tapi aku dah jarang. :) . Mungkin sebab tak sempat nak fikirkan luahan hati, dah datang pulak sisi luahan yang baru.

Antara doa dalam sujud aku, aku cuma nak hidup tenang. Tapi makin kita hidup lama, makin banyak perkara menghimpit, tanggungjawab dan komitmen yang perlu difikir. Menjadi dewasa adalah tekanan kalau kita tak mampu menerbalikkan situasi tersebut.

Saat inilah, aku memerlukan orang sekeliling untuk sentiasa berdiri kuat di belakang aku. Alhamdulillah. Tak banyak yang aku pinta. Cukup ada mak ayah, cukup ada sahabat seorang dua. Tuhan jangan tarik mereka lagi. Sebab aku senang rapuh pada masa ini. Sungguh.

Bila untung aku dan untung kau adalah masing-masing yang berbeza. Maka kita belajar untuk berkongsi rasa.
Bila ujian aku dan ujian kau adalah bermakna kita saling memaham dan saling menyambut antara satu sama lain. InsyaAllah kita kuat.
Cukup.

Menjadi positif.
Assalamualaikum.

Sunday, February 21, 2016

Words

Kata-kata boleh jadi indah,

Jadi sakit,

Kadang-kadang jadi carut.

Tetapi buat masa ini, kata-kata boleh jadi 99% adalah bukan datang dari hati.

Penangan kata-kata yang boleh bikin jadi gila.



Ya Allah.
Sekarang aku sakit.

Sunday, January 10, 2016

2016. signifikan atau tidak?

Hujan turun lebat. Tapi bahang kepanasan masih meruap-ruap terasa.

Assalamualaikum wbt.

Post pertama untuk 2016 tahun Inggeris.

Aku.
Masih lagi rakyat marhaein yang masih terkejar-kejar dengan kesuntukan masa. Dunia. Yelah. Hidup adalah pilihan. Mati itu pasti. Makin kita meningkat usia, makin pendek usia kita. Makin lama hidup, makin aku mengah.

Zaman dulu bolehlah posting benda-benda mengarut di Facebook.
Like "Makcik cafe masak apa hari ni haa?"
         " Mamat tu ingat dia bagus?"
         " Lecturer ni mengajar syok sendiri... ketip kuku kuat-kuat pastu makan nasik lemak lagi bagus"

Bila ada apps share your memories di Facebook, aku memilih untuk tidak sanggup posting balik ayat-ayat tidak berakal budget berakal aku. Belum lagi rasa diri sasterawan negara bagai dengan nota-nota puisi. Hmm.. Pada zaman itu, ianya signifikan sesuai dengan usia aku. Kottt.

2016. Aku tak ada azam yang spesifik. Cuma lebih kepada mestilah nak jadi insan yang lebih baik. Nak jadi lebih tabah, lebih sabar, lebih baik, lebih memberi, lebih menghargai, lebih menerima, lebih tahu erti bersyukur. Supaya aku lebih tenang menjalani hidup di dunia ini.

Untuk ibu dan ayah, terima kasih. Di atas segala kesabaran menjaga, mendidik, melindungi, tiada kompromi atas segala kasih sayang dan tiada prasangka terhadap anak sendiri. Aku tahu mereka terkilan dan sedih barangkali buat masa ini di atas keputusan aku. InsyaAllah, doakan aku selamat dan bahagia dunia akhirat. Aku cuma nak hidup lebih tenang dan lebih menghargai insan-insan tersayang di sekeliling aku.

Sekian dulu.

Saturday, September 26, 2015

Semester 5

Dah masuk semester ke 5. Dan diri aku dah naik muntah melihat kerja-kerja tesis yang masih belum selesai. 

Moga Allah permudahkan urusan pembelajaranku. 

Hebat sangat kah bercinta dengan sarjana? Biasa-biasa saja. Tak sehebat bercinta dengan suami dan anak-anak. :). Komitmen berbeza dalam susun atur rezeki yang telah ditetapkan. Alhamdulillah.

Salah satu kepuasan yang aku pinta setelah keluar dari perut ibu. Tapi untuk tahun ini aku kurang komited pada penulisanku, kerna kerja-kerja sekolah yang menuntut aku untuk mengutamakannya dahulu.

Nurul nak buat apa lepas habis sarjana ni? Aku tak pernah nak fikir. Sebab aku selagi tidak hilang sesak nafas menghabiskan pembelajaran, selagi itu aku tak boleh nak berfikir. 

Jadi Nurul belajar untuk apa? Bukan boleh naik pangkat pun. Gaji tak naik-naik pun. Buat habis duit adalah.... Kalau saya memang taklah.... Tak ada faedah pun. Semua ini dunia je. (masih terngiang-ngiang kata-kata seorang hamba Allah ini).

Tak apalah. Aku cuma senyum. Masing-masing punya pendapat sebab ada betulnya juga yang dia cakap. Belajar tinggi-tinggi, tapi bila kau dah berkecimpung dalam bidang sekolah, tiada naik pangkat, tiada naik gaji. 

Aku belajar sebab aku nakkan kepuasan yang aku dambakan selama ini. Mungkin selepas ini aku jadi pensyarah, mungkin aku masih lagi jadi cikgu sekolah rendah, mungkin juga aku akan sambung PHD bersama bakal suami ke luar negara (hebat sangat kan angan-angan ni).   :)

Soal rezeki ni Allah yang tentukan. Usaha saja.




Sunday, September 20, 2015

Gembira



Aku tak tahu untuk gembira
Aku tak tahu untuk buat-buat gembira

Jangan pernah ditenung
Kerna mataku sedang berkaca

Monday, August 31, 2015

Kisah 2 hari 1 malam

Assalamualaikum wbt.

Entri ini masih lagi ditulis untuk mengenang saat-saat kegembiraan aku.

Supaya tidak dimomok anai-anai.

*Krik krik krik



Pemergian aku ke UPSI pada kali ini tidak berseorangan.

Aku ditemani Diva Unggul Nawar Nadzirah setelah berjaya memujuknya hanya dengan 3 batang choki-choki.

Alhamdulillah, kami sampai dengan jayanya dan terus pergi ke library UPSI.


Aku dan Diva Unggul.

Malamnya, kasihan Diva Unggul kita. Dia macam mati kutu tak tahu nak buat apa. Pekan kecil seperti ini menjanjikan seribu satu kuasa alam cengkerik pabila malam tiba.

Mujur ada hypermarket metro di bawah hotel. Kami ulang-alik belek-belek seperti di Sogo lagaknya mungkin hampir 10 kali.

Bagi aku, aku suka suasana seperti ini. Sebab aku boleh fokus tentang apa yang perlu aku fokus. Tak perlu berhabis duit tak tentu hala.

Walaupun Diva Unggul tak beritahu aku tentang kebosanannya..... *Krik krik krik.

Tetapi dari titis air peluhnya, ulat bulu di balik daun pisang anney pun dapat mengagak. :)

Mujurlah...

Mujurlah kebetulan malam itu adanya persembahan teater Tun Teja. Dari Kumpulan Bangsawan Kedah.

Diva Unggul sangat khusyuk menghayati seni warisan negara kita.

Lalu terjadilah soseh-soseh tentang minatnya Diva Unggul untuk menjadi pemain teater handalan bak Mak Enon suatu ketika dahulu. Cantik, pandai menari, pandai bersilat, menyanyi, bersyair, qasidah. Cukup lengkap pakej sisi Mak Enon yang digilai sepeluk buana.


Terima kasih di atas sajian persembahan ini. Kekalkan warisan seni budaya kita. :)
Kata Diva Unggul penuh patriotik.



Esoknya, kami pulang ke pangkal jalan. 

Dengan Diva Unggul perjalanan mengambil masa 4 jam (setelah dicampur tolak berkumuh dan bertinja, makan-makan, gelak-gelak, wefie-wefie?).

Alhamdulillah, keperluan asas hiburan Diva Unggul telah berjaya aku penuhi.